lelaki cantik wanita gagah ?



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik adalah ;

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki :)



Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah ;

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
  
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

saat bahagia :)


Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “

Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi"

Si Isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : 
“Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”


bahagia kaannn ? :)

di hati ini hanya ALLAH yg taw :)


arghh . tak ske tak ske ! know why ? yea . as a normal TEENAGERS , I still have a feeling to love someone and to be love by someone ? weyh , tipu laa klaw kte takde prasaan tuh , kaannn ? kte bukan malaikat , derr ! tp , bole kawal kan prasaan tuh . so , whats the problem ha ? kau ske dia , simpan je dlm aty . takyah kecoh2 . jujo ar ckp , aku ade minat kat sorg HAMBA ALLAH ni , tp en , aku uat bodo je ngn prasaan tu . takyah layan . klaw lyn , prasaan tu makin menjadi-jadi kodd . nak taw sbb ape aku takot lyn prasaan tuh ? first thing , aku takot ngn azab Allah larh ! second thing , aku na dptkan janji Allah , "perempuan yg baik tok laki yg baik" tipu laa klaw korg tanak laki yg baik . mstila nak en ? actually , korg bkn cari laki yg baik tu , tp , korg jd pompuan yg baik . so dat , insyaallah , Allah akn ttpkan jodoh yg terbaik uat korg . percayalah ! klaw korg tanak caye kat aku , pcaye la kat Allah , oke ? so now , mende yg aku bole uat , juz DOA KAT ALLAH :) even kat lua , aku nmpk cool je , tp kat lam aty , hanye ALLAH jlaa yg tw :)

Ya ALLAH ,
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu
Amin Ya Rabbal Alamin :)

this is my dream :)

aku percaya , ni impian sume org gakk en ? HAHA :)


hakikat CINTA seorang penCINTA :)

Mencintai tidak bererti memiliki.. 
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudara + saudariku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

muslimat ! kau hebat laa :)


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


sumpah iblis kat WANITA :)



Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab takde kaitannya dgn agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya,
maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

so , cane ???

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga
seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat dalam hati sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa. (69.Al An'aam)

Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (90.Al An'aam)

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.(104.Ali 'Imran )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

wallahualam :)

Aspirasi Mujahidah :)

renungan utk kaum hawa jep :)


muslimah sejati bukan dilihat
dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.
wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,
tetapi muslimah sejati dilihat
dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi

muslimah sejati juga tidak dilihat
dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
tetapi dilihat
dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari seberapa indah lantunan suaranya
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran

muslimah sejati bukan dilihat
dari keberaniannya dalam berpakaian grand
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat
dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya
dirinyalah yang mengundang orang tergoda

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu
dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi

muslimah sejati bukan dilihat
dari sifat mesranya dalam bergaul
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu
menjaga kehormatan dirinya dalam bergauli

“Janganlah perempuan –perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(surah Al Ahzab ayt32)

 Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya
(riwayat Al Bazzar)


searching for the TRUE LOVE :)

we alwayz cry bcoz of HUMAN . yea , kehidupan DUNIA ! pnh tak kte nangis sbb dose-dose yg kte uat . kalaw ckit tuh takpe , ni bkn men byk lagi . menggunung ! muhasabah laa :)

 

Duduk bertelekung selepas solat isyak ,
Menadah tangan kepada Yang Maha Mendengar ,
Satu rasa yang dah lama aku carik.
Ketenangan yang takkan dapat bila bercerita dengan manusia.
Tangisan yang betul betul lahir dari hati
Hati yang rindu padaNya :)

love ? fitrah derr :) tapi ..


Cinta seorang lelaki kepda wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah

If I Fall in Love :)





Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu :)

Tudung Labuh Hipokrit ?


hey , now i would lyke to talk bout TUDUNG LABUH :)

Tudung Labuh Hipokrit ?

diz statement make me HOT , oke !
so now , let me answer it .


So , bertudung tu WAJIB !
Pakai dapat pahala
Tak pakai dapat dosa
am i ryte ?
for sure larh !

Islam suroh MUSLIMAT pakai tudung + melabuhkan tudung hingga menutupi dada
Itu lah wujudnya tudung labuh :)

Tentang baik tak baik perangai si pemakai ,
datz second thing , oke !
Yang penting , tutup aurat tu PERINTAH ALLAH !
tp en , tok pngetahuan korg ,
walaw jahat cane un sorg pompuan tuh ,
but if dia pakai tdong laboh ,
InsyaAllah , dia akan sukar tok uat kemungkaran sbb dia dah dilindungi oleh ALLAH :)
tak caye ?
brani , CUBALAH !


Kenapa mesti kena keluar kenyataan perempuan bertudung tak semestinya baik
Kenapa mesti buat kenyataan macam tu ?

Cuba korang bayangkan
Tiba² seorang perempuan yang baru na pakai tudung
denga statement korg ,
Dan membatalkan niat bertudung disebabkan statement korang tu
Elok orang baru nak pakai tudung jadi terus ta pakai tudung

Apa korang dapat ?
Korang da la berdosa sebab tak pakai tudung ,
Lepas tu mengeluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya ta bertudung
double triple lah dosa korg , kaannn ?
ske ea camtuh ?
ske kumpul dosa ?

for me ,
bg muslimat yg blom terbukak aty tok pakai tudong ,
Kalau taknak bertudung tu hak korang
Tapi jangan keluarkan statement macam tu , plizz .
Berdosa !
Mempermainkan hukum Allah !

Makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni sape ?
Syaitan tau ta !
Korang pernah baca sejarah syaitan ?
Pernah ?
Hanya syaitan yang menentang hukum Allah ni
Ingat diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kat Adam
dyorg mempersoalkan perintah tu , then dyorg menentang perintah tu
Menentang dan mempersoalkan perintah Allah !
Nak jadi mcm tu er ?
korg pikir-pikirkan lah ea .
smoge Allah bukakkan aty korg tok trime ape yg baek :)
Wallahualam :)

my love :)


Setiap insan sti la ade matlamat mutlak yg menjadi fokus terhadap CINTA + keinginan dri sndri . If sorg insan tu tak mletakkan ALLAH as fokus CINTA + keinginan in lyfe , diri itu akan jd hamba kpd sesuatu selain ALLAH . sesuatu selain ALLAH tu bole jadi kemegahan , kebongkakan , kekayaan , kuasa dan apa je yg bole di dambakan sbgai matlamat or tuhan slain ALLAH :)

sesungguhnye sekeping hati tu takkan menemui ketenangan melainkan menCINTAI ALLAH :)

Rasulullah bersabda tiga perkara ;
"sape yg dpt tigetige pkara tu dlm drinya pasti mendapat kemanisan IMAN iaitu : Bahawa ALLAH dan Rasul-NYA lebih dia kasihi drpd yang lain , bahawa dirinya tidak mengasihiseseorang kecuali kerana ALLAH , bahawa dirinya membenci kembali kepada kekufuran sepertimana beliau benci dilontarkan ke dalam api neraka"
wallahualam :)



Im Not A Good Muslimah


ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an
aku sibuk mendengar lagu-lagu LAGHA

ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah S.W.T
aku asyik mengahafal lagu-lagu LAGHA

ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya
aku pula makin berTABARRUJ

ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya
aku sibuk dengan urusan dunia
 ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan gambar mereka
aku sibuk meng-upload foto-foto agar dapat dilihat oleh semua orang

ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya
aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku
 ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya
aku malah terbiasa duduk berbual dengan lelaki

ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat
aku pula suka bergosip dan mengumpat tentang orang lain

ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik
aku pula sering menyakiti hati orang lain dengan kata-kata ku

ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantikkan hati dan akhlaknya
aku lebih asyik memperhatikan tubuh badan dan muka ku je

ketika muslimah lain senang berpuasa sunat
aku lebih memilih untuk melantak

ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya
aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya

ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya
aku lebih memilih untuk bersantai dan menonton tv di rumah

ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat redha dan cinta-Nya
aku sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya je
ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun
aku malah semakin lalai dengan hal dunia ini
aku memang bukan muslimah yang baik
tp , tu sume dulu .
skrg ni , im gonna CHANGE :)
berHIJRAH tok jadi yg lebey baek

Firman Allah :
"org-org yg briman dan berHIJRAH serta berjihad di jalan Allah , dgn harta dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah . mereka itulah org-org yg memperoleh kemenangan"
( 9 : 20 )

belom terlambat lagi tok kite sume brubah kaannn ?
so , jom kte brubah same-same !
smoge kte sume mndpt KEREDHAAN ALLAH :)

All Praises to Allah :)




"tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui bahawa Kami telah menciptakan dia dari setitis air benih ? dalam pada itu (setelah kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya"
( 36 : 77 )


hey , im so grateful bcoz have a chance to see the world ! :) but , know something , im so afraid actually . yea , coz before we born , we had promiz to Allah , dat we will be a KHALIFAH ats muka bumi nie + mengabdikan dri kat Allah kaannn ? so , did we do dat ? erm , meby . but , sometime we forgot ryte ? yea , INSAN ! fitrah kowt . so , I begged to you , ya Allah . tolong laa tetapkan hati hamba-Mu ini di atas jalan yg lurus , jgnla kau pesongkan hati ni stlh kamu memberi hidayah dan petunjuk kpdku . bagila aku kemudahan utk menjadi khalifah di atas muka bumi ini . I want your JANNAH :) I dont want to go to the HELL . arghh , nauzubillah ! so , to all my SAHABAT , pliz guide me , oke ? just let me know if I do something wrong . together we achieve the MARDHATILLAH ! :)