In The Name Of Allah The Almighty The Most Merciful :)
Assalamualaikum :)
sory sebab , entry kali niee skadar copypaste :)
Saya melihat satu bicara mula tersebar dari kalangan
Facebookers, yakni kata-kata:
"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang
baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.
Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan
hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."
Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini
dengan beberapa dalil.
1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta
memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan
begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.
2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir
Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara
sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah
SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud
seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu
keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke
arah itu semata-mata. Ini nyata silap.
Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan.
Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita
'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang
diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha
keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.
3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan
hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah
kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata:
"biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di lauh mahfduz sana".
Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas
apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah
SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai
isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'.
Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka
tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah
SAW bersabda sedemikian.
Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu
usaha keras untuk mendapatkannya.
4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud
jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras
mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya
nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang
ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai
kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah
tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata
satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.
5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu
kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk
suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi
janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak
sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori
Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam
kehidupan manusia.
Jadi saya suka kita memahami perkara ini,
dan berhentilah dari menyebarkannya.